2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,28 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit pada Rabu.
Kontrak Ogos 2024 meningkat kepada US$2,520.90 setiap auns troy daripada US$2,512.80 setiap auns troy pada Selasa manakala September 2024 naik kepada US$2,524.60 daripada US$2,516.50 setiap auns troy.
Kontrak Oktober 2024,November 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,526.90 setiap auns troy daripada US$2,518.80 setiap auns troy.
Jumlah dagangan meningkat kepada 11 lot daripada sembilan lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 52 kontrak daripada 51 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$2,508.55 setiap auns troy mengikut harga London Bullion Market Association pada 27 Ogos.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur