2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut apabila dibuka rendah berikutan sentimen serantau yang lemah / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,29 Ogos - Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut apabila dibuka rendah berikutan sentimen serantau yang lemah dan menjejaki penurunan semalaman Wall Street susulan peniaga menunggu keputusan kewangan Nvidia Corporation.
Pada 9.06 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.49 mata atau 0.38 peratus kepada 1,668.75,susut daripada 1,675.24 pada Rabu.
Indeks memulakan hari ini merosot 2.29 mata kepada 1,672.95.
Pasaran secara menyeluruh lemah,dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 273 berbanding 115.
Terdapat 243 kaunter tidak berubah,1,887 tidak diniagakan dan 108 digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 151.22 juta unit bernilai RM99.78 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata walaupun pendapatan Nvidia mengatasi anggaran,niaga hadapan saham AS merosot hampir 7 peratus.
Beliau berkata penurunan itu berikutan kekecewaan terhadap unjuran syarikat dan jangkaan yang tinggi daripada peniaga.
Bagaimanapun,Nvidia melaporkan pendapatan selepas pasaran ditutup yang mengatasi jangkaan Wall Street dan memberikan panduan yang lebih kukuh daripada jangkaan untuk suku tahun semasa.
“Dalam negara,FBM KLCI ditutup melebihi paras 1,670 semalam,paras yang tidak dilihat sejak 2019.
“Walaupun terdapat kenaikan 40 mata dalam indeks petunjuk pasaran sejak Jumaat lepas,kami kekal positif dan percaya kecairan akan memberi manfaat kepada pasaran yang lebih luas,” katanya kepada Bernama.
Thong menjangka FBM KLCI akan berada dalam julat 1,670 hingga 1,680 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank merosot dua sen kepada RM10.84,Public Bank susut tiga sen kepada RM4.77,CIMB berkurangan 11 sen kepada RM8.27 dan Tenaga turun empat sen kepada RM13.96.
Bagaimanapun,IHH naik dua sen kepada RM6.33.
Dalam kalangan saham aktif,Luster dan Velesto,masing-masing merosot setengah sen kepada tujuh sen dan 21 sen.
Powerwell susut empat sen kepada 38 sen manakala Cape dan TWL,masing-masing kekal tidak berubah pada 35 sen dan 2.5 sen. Sealink naik satu sen kepada 35.5 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas merosot 57.10 mata kepada 12,413.48,Indeks FBMT 100 berkurangan 57.68 mata kepada 12,116.38 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 59.46 mata kepada 12,174.43.
Indeks FBM 70 merosot 122.07 mata kepada 17,348.62 dan Indeks FBM ACE berkurangan 17.06 mata kepada 5,102.57.
Mengikut sektor,Indeks Perladangan naik 15.05 mata kepada 7,308.80 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 68.26 mata kepada 19,756.68.
Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.51 mata kepada 181.68 dan Indeks Tenaga susut 5.91 mata kepada 918.70.-BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur