2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,29 Ogos- Ringgit terus dibuka pada kadar yang lebih baik pagi ini,mendapat manfaat daripada kesan limpahan yang didorong oleh minat pelabur asing dalam bursa tempatan.
Pada 8 pagi,ringgit naik kepada 4.3385/3485 berbanding dolar AS daripada 4.3425/3460 pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minat pelabur asing yang tinggi dalam pasaran modal Malaysia telah mendorong permintaan terhadap ringgit,seperti yang dapat dilihat daripada kenaikan semalam apabila indeks utama ditutup hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh 45 bulan kepada 1,675.24.
Katanya peserta pasaran memantau data ekonomi Amerika Syarikat (AS),terutamanya inflasi Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada suku kedua 2024.
Beliau berkata pasangan mata wang USD/MYR dijangka bergerak ke arah paras sokongan segera pada RM4.3000,walaupun mungkin terdapat aktiviti pengambilan untung.
“Sehubungan itu,ringgit dijangka berada antara RM4.3400 dan RM4.3500 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dan mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0035/0106 daripada 3.0096/0122 pada Rabu,meningkat berbanding euro kepada 4.8261/8373 daripada 4.8362/8401 dan menambah berbanding pound kepada 5.7233/7365 daripada 5.7425/7472.
Berbanding mata wang ASEAN,ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3281/3360 daripada 3.3337/3367 pada Rabu dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7367/7739 daripada 12.7709/7865.
Ia turut naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.74 daripada 7.72/7.73 pada Rabu dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 281.2/282.1 daripada 281.5/281.9.- BERNAMA
Global Launch of iCAUR V27 in Dubai: The Classic New-Energy Boxy SUV Sets Off on Its Worldwide Journey!
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur