2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri New Zealand,Christopher Luxon/ Foto Bernama
PUTRAJAYA,3 September - Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen mereka terhadap kerjasama serantau di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini kedua-dua negara sepakat bahawa pesawat P-8A Poseidon Tentera Udara Diraja New Zealand yang baharu akan meneruskan amalan sekian lama pesawat peronda maritim New Zealand yang ditempatkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Butterworth itu,sebagai sebahagian daripada latihan FPDA akan datang,Bersama Lima.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari New Zealand Christopher Luxon semalam.
Luxon sedang dalam lawatan tiga hari ke Malaysia hingga esok untuk meningkatkan perbincangan dan kerjasama dua hala. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2023.
Kedua-dua Perdana Menteri mengiktiraf FPDA sebagai komitmen pertahanan lama yang kekal relevan dengan kepentingan strategik kedua-dua negara.
Anwar dan Luxon turut menghargai kerjasama erat yang berterusan dalam memerangi keganasan,mencegah ekstremisme ganas,dan memerangi jenayah terancang rentas negara,termasuk melalui pembinaan kapasiti dan pertukaran pakar dua hala.
Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan pengaturan kerjasama dua hala baharu yang akan menyokong penglibatan ini dan telah mengarahkan pegawai-pegawai untuk terus meneroka peluang-peluang bagi New Zealand dan Malaysia bekerjasama memperkukuh perpaduan sosial.
Anwar dan Luxon turut memperakui hubungan pertahanan Malaysia dan New Zealand yang telah lama terjalin sejak Perang Dunia Kedua,dan kedua-dua pemimpin mengesahkan bahawa kedua-dua negara akan mengekalkan kerjasama pertahanan dua hala secara tetap.
Mereka juga mengalu-alukan pelbagai usaha Kementerian Pertahanan kedua-dua negara dalam mengemas kini pengaturan dua hala mengenai Kerjasama Pertahanan 1996,serta perjanjian untuk meneroka usaha mengadakan Dialog Pertahanan Trek 1.5.
Global Launch of iCAUR V27 in Dubai: The Classic New-Energy Boxy SUV Sets Off on Its Worldwide Journey!
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur