2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (tengah) / Foto RTM
GEORGE TOWN,3 September - Tanggungjawab dan kerjasama dari semua pihak diperlukan bagi menarik minat golongan muda terhadap pendidikan Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata isu tersebut merupakan cabaran utama yang dihadapi ketika ini dan memerlukan penglibatan semua pihak dan tidak boleh diletakkan hanya kepada Kementerian Pendidikan semata-mata.
"Ia mesti melibatkan satu hubungan sinergi yang berkesinambungan,bukan sahaja di peringkat kementerian pendidikan yang memberi tumpuan kepada sekolah rendah dan menengah,tetapi juga di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat syarikat inkubator,Oppstar Technology Sdn Bhd di Pusat Inkubator Inovasi Universiti Sains Malaysia (USM),Sains@USM Bukit Jambul,di sini pada Isnin.
Tambah Zambry,industri berkaitan teknologi memerlukan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran,selain permintaan yang tinggi daripada pihak industri pada masa kini.
Katanya,kerjasama dan hubungan tiga hala antara kerajaan,universiti,dan pemain industri perlu terus diperkukuh memandangkan ketiga-tiganya memainkan peranan penting yang mampu memberi impak besar kepada negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur