2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB Karnival Komunikasi
PUTRAJAYA,3 September- Kementerian Komunikasi akan menganjurkan Karnival Komunikasi 2024 di Hutan Bandar Putra di Kulai,Johor pada Jumaat dan Sabtu ini sebagai usaha memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan kepentingan jalur lebar serta teknologi terkini.
Dalam kenyataan hari ini,Kementerian Komunikasi memaklumkan siri pertama karnival itu dijadual dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Karnival Komunikasi 2024 merupakan satu daripada inisiatif kementerian itu bagi menarik minat komuniti setempat berkaitan inisiatif yang dianjurkan kementerian dan agensi.
“Menerusi karnival ini,aspek pembangunan rakyat akan menjadi fokus iaitu mempermudah kehidupan,memperluas perniagaan dalam pelbagai platform dan meningkatkan pendapatan.
“Fokus lain ialah memperkasakan kerjaya,memperhebat etika,ekspresi telekomunikasi dan kesalinghubungan sosial serta kemasyarakatan yang positif seiring era globalisasi kini,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Komunikasi memaklumkan antara aktiviti menarik kepada pengunjung ialah reruai pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,permainan digital dan cabutan bertuah.
Aktiviti lain ialah sukan rakyat,konsert mini,persembahan muzik dan perkhidmatan secara langsung jabatan serta agensi seperti kaunter bayaran saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),Program Jom Exchange Al-Quran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan percetakan setem dengan gambar peribadi oleh Pos Malaysia.
Sebanyak tiga siri karnival akan diadakan pada tahun ini secara kerjasama strategik dengan TM Technology Services Sdn Bhd.
“Karnival Komunikasi ini merupakan kesinambungan inisiatif Pelan Promosi Jalur Lebar anjuran kementerian sejak 2015,” menurut kenyataan itu.
Karnival siri pertama turut melibatkan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,KDN,Kementerian Kewangan,Kementerian Belia dan Sukan,PDRM,Lembaga Hasil Dalam Negeri serta syarikat telekomunikasi seperti U Mobile,CelcomDigi,Maxis dan YTL (YES).
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web karnival.komunikasi.gov.my serta media sosial rasmi Karnival Komunikasi (Facebook,Instagram,X,YouTube dan TikTok).- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur