2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan,di Putrajaya / Foto RTM
PUTRAJAYA,3 September - Setiap kakitangan agensi di bawah Kementerian Kewangan diingatkan agar tidak gentar dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,beliau sendiri akan terus mempertahankan tindakan kakitangan yang menjalankan tugas dengan baik.
"Jalankan tugas seperti biasa dan jangan gerun dengan mana-mana nama,tanpa terkecuali.
"Selagi saya pegang jawatan ini,saya tak peduli dgn apa-apa cabaran dan ugutan.
"Saya akan pertahankan petugas yang jalankan tugas dengan baik," katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya,hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur