2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Jaguh badminton para negara,Cheah Liek Hou yang menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,3 September- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton para negara,Cheah Liek Hou yang menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Menerusi hantaran platform X hari ini,Anwar berkata pencapaian itu sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Kita beroleh pingat emas pertama di #Paralympic2024! Lebih membanggakan kerana saudara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik lalu.
“Tahniah! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!” katanya.
Liek Hou muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) setelah menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13,21-15 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena,Paris,malam tadi.
Kemenangan itu sekali gus mempertahankan pingat emas yang dirangkulnya pada Paralimpik Tokyo 2020.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur