2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Anggota bomba memantau sekitar Taman Mount Austin,Taman Daya dan Taman Istimewa,Johor Bahru. - Facebook JBPM
JOHOR BAHRU,3 September - Pencemaran bau bahan kimia dikesan sekitar kawasan Taman Mount Austin,Taman Daya dan Taman Istimewa di sini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau,Pegawai Bomba Kanan I,KUP Khairul Azhar Abd Aziz berkata,19 anggota termasuk dari BBP Larkin membuat pemantauan sebaik menerima laporan awal pagi tadi.
Beliau berkata,pemantauan dilakukan secara menyeluruh sedang dilaksana,termasuk mengambil bacaan udara menggunakan pengesan gas oleh pasukan keluaran operasi BBP Tebrau dan Unit Hazmat BBP Larkin di lokasi.
“Bagaimanapun,pihak bomba setakat ini belum dapat memastikan jenis kimia dan tahap bahaya menerusi bau yang dikesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khairul Azhar dalam pada itu berkata,operasi pemantauan di ketiga-tiga kawasan masih berjalan sehingga kini. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur