2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB JAKIM
KUALA LUMPUR,3 September- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi penjelasan berkenaan isu halal beberapa premis makanan popular seperti yang tular di laman sosial ketika ini.
Menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook rasmi jabatan itu hari ini,JAKIM memaklumkan terdapat lima restoran didapati bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM.
Jelasnya,restoran itu adalah Johnny’s Restaurant; Black Canyon; Dolly Dim Sum; Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw.
Bagaimanapun,ujarnya semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati,empat outlet premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best mempunyai SPHM yang masih sah.
“Jabatan ini telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024 jam 11.36 malam iaitu hari yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan,” demikian menurut kenyataan itu.
Sementara itu,JAKIM berkata pengguna boleh menyemak sendiri maklumat berhubung status halal mana-mana premis atau produk di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php.
Terdahulu,tular mengenai status halal beberapa restoran popular susulan surat JAKIM di media sosial yang turut memasukkan jenama restoran Ayam Penyet Best antara premis yang tidak mempunyai sijil halal.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur