2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Maritim Malaysia
KUALA LUMPUR,3 September- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menambah aset laut dan udara,sumber manusia serta teknologi terkini sebagai langkah untuk memastikan keselamatan sempadan perairan negara sentiasa terpelihara.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Laksamana MudaMaritim Mohd Zawawi Abdullah dalam satu kenyataan berkata,strategi berkenaan antara strategi yang dilaksanakan dalam menangani isu pencerobohan di zon maritim Malaysia.
"Hasil daripada rondaan dan operasi yang dijalankan diseluruh perairan negara,Maritim Malaysia merekodkan 434 kes tangkapan vesel nelayan asing (VNA) dari tahun 2020 hingga Julai 2024 yang terdiri daripada VNA Vietnam (308),Indonesia (81),Thailand (35) dan China (10).
"Angka berkenaan hanya sebahagian daripada jumlah VNA yang memasuki perairan negara berikutan terdapat kekangan yang dihadapi sepertikekurangan kapal dan bot kerana perlu menjalani penyelenggaraan berjadual selain aset yang dimiliki telah uzur," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Simposium Keselamatan Negara 2024 yang disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Putrajaya.
Dalam pada itu kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memastikan sebuah Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) dinamakan KM Tun Fatimah siap dibina dan beroperasi di perairan Laut China Selatan.
Di samping itu KDN telah melaksanakan perolehan empat buah helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland (AW) 189 untuk agnesi itu dalammempertingkatkan lagi pemantauan udara di Zon Maritim Malaysia khususnya di kawasan sempadan perairan negara terutamanya bagi keperluan di Sabah dan Sarawak.
Pada masa sama Maritim Malaysia akan memastikan keselamatan maritim negara terus berada pada tahap optimum sekali gus menjadi laluan selamat kepadakapal dagang yang melalui perairan negara di samping aktiviti ekonomi dapat dilakukan tanpa sebarang ketakutan dalam kalangan nelayan tempatan sertapengusaha bot komersial.
"..keselamatan yang dipertingkatkan ini juga dapat menarik lebih banyak pelabur asing untuk masuk ke dalam negara memandangkan Malaysia telahdiiktiraf sebagai salah sebuah negara selamat di dunia," katanya lagi.
Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN,Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi dan agensi bawah KDN.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur