2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Bernama
JOHOR BAHRU,3 September - Johor menyumbang sebanyak RM730 billion atau 29% nilai perdagangan dalam negara,sepanjang tahun lalu.
Pencapaian tersebut menjadikan negeri itu kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan nilai eksport mencecah RM414 billion dan import bernilai RM39 billion.
Angka itu turut didorong oleh peningkatan eksport utama produk petroleum bertapis dan kluster kimia,litar elektronik bersepadu serta barangan elektrik,kata Exco Pelaburan,Perdagangan,Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor,Lee Ting Han.
Beliau berkata demikian selepas majlis pembukaan Greif,sebuah syarikat multinasional terkenal yang berpangkalan di Amerika Syarikat di Pasir Gudang,di sini,hari ini.
Pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) diyakini bakal menambahkan lagi nilai komersial dan pelaburan negeri,katanya lagi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur