2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
PUTRAJAYA,3 September - Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengadakan pertemuan bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini.
Dalam pertemuan anjuran delegasi New Zealand yang berlangsung hampir sejam itu,kedua-dua pihak sepakat untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang berkaitan tenaga boleh baharu.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Setiausaha PETRA Datuk Mad Zaidi Mohd Karli,Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) Datuk Abdul Razib Dawood dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Datuk Hamzah Hussin.
Terdahulu,Luxon dalam rangka lawatan kerja tiga hari sejak Ahad telah mengadakan pertemuan bersama-sama rakan sejawatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang antara lain bersetuju mempertingkat nilai perdagangan dua hala hingga 50 peratus.
Dalam pertemuan di sini,kedua-dua pihak turutmembincangkan pengukuhan kerjasama dalam pertukaran pelajar Malaysia-New Zealand serta industri halal.
Ini merupakan lawatan pertama Luxon ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri New Zealand pada November 2023.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur