2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,2 September- Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun,meningkat berbanding mata wang utama lain semasa awal dagangan pada Isnin,ekoran pelabur akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dan tindakan Rizab Persekutuan (Fed) berkenaan kadar faedah,kata penganalisis.
Pada pukul 8.16 pagi,mata wang tempatan turun kepada 4.3200/3380 berbanding dolar AS daripada 4.3185/3225 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit sewajarnya kekal positif hari ini kerana Fed AS berada di landasan untuk mengurangkan kadar faedah bulan ini.
“Pada masa sama,BNM dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras yang stabil sepanjang baki tempoh tahun ini.
“Ini akan menjadikan ringgit kelihatan sangat menarik dari sudut pandang pelabur asing,” katanya.
Beliau berkata justeru,ringgit berbanding dolar AS mungkin cuba untuk melepasi paras sokongan serta-merta pada 4.3050.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama pagi ini.
Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9518/9645 daripada 2.9754/9784 ketika ditutup Jumaat lepas,dan lebih stabil berbanding euro kepada 4.7723/7922 daripada 4.7862/7906.
Ringgit juga naik berbanding pound British kepada 5.6713/6949 daripada 5.6939/6992.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3083/3224 daripada 3.3158/3191 ketika ditutup minggu lepas,dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.6798/7375 daripada 12.7540/7726.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 279.4/280.8 daripada 279.3/279.8,dan hampir kekal mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.73 daripada 7.69/7.70.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur