2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,2 September- Ringgit meneruskan penyusutan pada Jumaat lepas untuk mengakhiri urus niaga lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.
Perkembangan itu dicatatkan dalam sentimen berhati-hati menjelang pengumuman laporan pekerjaan AS pada akhir minggu ini,kata penganalisis.
Pada 6.00 petang,ringgit susut pada 4.3550/3600 berbanding dolar AS daripada paras 4.3185/3225,Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata aliran pergerakan ringgit rendah di tengah-tengah sentimen berhati-hati hari ini selepas mempamerkan prestasi baik pada bulan lepas.
Pada masa sama,beliau berkata pasaran akan turut menunggu keputusan mesyuarat dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini selain data senarai gaji bukan perladangan AS yang dijadualkan pada Jumaat.
“Bank pusat itu berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman yang stabil pada 3.00 peratus manakala Rizab Persekutuan AS (Fed) pula di landasan tepat untuk mengurangkan kadar dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17-18 Sept,2024," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain,kecuali yen Jepun yang menyaksikannya meningkat kepada 2.9688/9725 daripada 2.9754/9784,Jumaat lepas.
Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8197/8252 daripada 4.7862/7906 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7203/7269 daripada 5.6939/6992.
Prestasi ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain.
Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7228/7429 daripada 12.7540/7726 minggu lepas namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3321/3361 daripada 3.3158/3191.
Berbanding rupiah Indonesia,ringgit susut kepada 280.4/280.9 daripada 279.3/279.8 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding peso Filipina pada 7.72/7.73 daripada 7.69/7.70. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur