2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,2 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin susulan permintaan yang lemah.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta September 2024 merosot kepada AS$2,516.30 setiap auns troy daripada paras penutup AS$2,546.50 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.
Sementara itu,kontrak Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada AS$2,518.60 setiap auns troy daripada AS$2,548.80 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan menyusut kepada dua lot daripada empat lot minggu lalu manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 29 kontrak daripada 37 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,513.35 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 30 Ogos. - BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur