2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,3 September- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan peserta pasaran menunggu beberapa data ekonomi penting pada minggu ini.
Pada 8.02 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.3485/3595 berbanding dolar AS daripada 4.3550/3600 pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dijangka terdapat aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan mendadak nilai ringgit baru-baru ini.
“Kemungkinan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada September terus meningkat menunjukkan Rizab Persekutuan berada di landasan untuk memulakan kitaran pelonggaran dasar monetarinya pada bulan ini,” katanya.
Katanya Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS akan mengeluarkan data untuk sektor pembuatan pada malam ini,yang akan dipantau selepas Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan ISM merosot kepada 46.8 pada Julai.
Beliau berkata anggaran konsensus menunjukkan indeks akan meningkat kepada 47.5 pada Ogos.
“Oleh itu,kami menjangka USD/MYR akan kekal mendatar hari ini berikutan peniaga menunggu data penting yang akan diumumkan pada minggu ini,” katanya.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9622/9699 daripada 2.9688/9725 pada Isnin,tinggi berbanding euro kepada 4.8121/8242 daripada 4.8197/8252 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.7144/7288 daripada 5.7203/7269 sebelum ini.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3266/3352 daripada 3.3321/3361 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.7183/7583 daripada 12.7228/7429 sebelum ini.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.73 daripada 7.72/7.73 semalam,bagaimanapun hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 280.0/280.9 daripada 280.4/280.9.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur