2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,3 September- Syarikat-syarikat korporat diharap terus membantu penggiat seni digalakkan supaya memanfaatkan geran padanan melalui MyCreative Ventures bagi memastikan industri kreatif dapat membangun serta menyumbang secara positif kepada ekonomi kreatif negara.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,geran tersebut dilihat sebagai usaha kerajaan untuk membantu golongan seni untuk mengusahakan karya-karya kreatif yang memberi impak kepada kepada ekonomi kreatif.
Fahmi turut melahirkan rasa bangga dengan usaha agensi tersebut dalam mengenal pasti industri kreatif yang memerlukan pembiayaan sekali gus merangsang kembali industri kreatif.
"Saya mengalu-alukan dalam program geran padanan yang MyCreative Ventures usahakan,50 peratus disediakan oleh kerajaan melalui MyCreative Ventures manakala 50 peratus lagi diusahakan oleh pihak korporat.
"Ini adalah satu model dan kerangka yang kita lihat cukup positif apabila industri kreatif termasuk artis akan mendapat bantuan. Bantuan ini akan membolehkan mereka untuk mengusahakan karya-karya kreatif secara langsung dapat menyumbang kepada industri kreatif dan ekonomi kreatif dalam negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan pelancaran Kempen 'Kita Bagi Jadi' CIMB Bank Berhad (CIMB) dengan kerjasama MyCreative Ventures (MyCreative) dan Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) di ibu negara.
Pada masa sama,Fahmi turut menyeru lebih banyak usahasama strategik daripada pelbagai syarikat korporat dalam membantu mengerakkan ekonomi kreatif negara.
Kempen penjenamaan baharu bersempena ulang tahun CIMB Malaysia ke-100 itu bertujuan menyebarkan semangat positif selain memupuk daya tahan dalam kalangan rakyat negara ini.
Ia turut menampilkan jaguh sukan tanah air Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan S. Sivasangari sebagai ikon dalam kempen berkenaan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur