2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Christopher Luxon diberikan upacara berlepas pulang,serta kawalan kehormatan oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) yang diketuai Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli di Kompleks Bunga Raya
SEPANG,3 September- Perdana Menteri New Zealand,Christopher Luxon berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Pesawat Komersial yang membawa Luxon berlepas pada pukul 11.35 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).
Luxon sebelum itu diberikan upacara berlepas pulang,serta kawalan kehormatan oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) yang diketuai Kapten Raja Azri Syahir Raja Mohd Zulkifli di Kompleks Bunga Raya,KLIA.
Turut hadir mengiringi dan mengucapkan selamat pulang ialah Timbalan Menteri Digital,Datuk Ugak Anak Kumbong.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada bulan November 2023.
Semalam,New Zealand dan Malaysia bersetuju untuk meningkatkan nilai perdagangan dua hala sebanyak 50 peratus pada 2030.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur