2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan disaran mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat,memohon perlindungan Allah dari sebarang musibah / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,4 September – Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,memohon perlindungan Allah dari sebarang musibah.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),Datuk Mohd Ajib Ismail menyarankan ia diadakan selepas solat Isyak,esok dan selepas solat Jumaat 6 September ini.
"Ini susulan beberapa tragedi dan bencana di sekitar Kuala Lumpur seperti banjir kilat dan kejadian tanah jerlus baru-baru ini," katanya menerusi kenyataan.
Mohd Ajib turut menzahirkan empati kepada mangsa dan waris yang terlibat.
Beliau turut mendoakan dan berharap agar segala usaha dan sumbangan bakti semua pihak dalam memelihara kemaslahatan umat dikurniakan ganjaran di sisi Allah.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur