2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor mengesan Sungai Pandan tercemar dengan gas ammonia yang tinggi
JOHOR BAHRU,4 Sept - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor mengesahkan punca pencemaran bau yang berlaku di beberapa kawasan di Johor Bahru,semalam disebabkan gas ammonia yang tinggi.
Timbalan Pengarah Kanan JAS Johor,Mohd Rashdan Topa berkata pengawasan kualiti udara yang dijalankan di Sungai Pandan pada 4 petang,semalam menunjukkan bacaan melebihi paras normal AEGL 1 iaitu tahap kepekatan udara selamat.
Bagaimanapun,ujian kali kedua di lokasi sama,pukul 1.10 pagi tadi menunjukkan bacaan kembali normal.
"Setakat ini kita tidak dapat pastikan,tapi berdasarkan semalam punya pengukuran yang tinggi adalah gas amonia yang parameter lain tu tak dapat dikesan. Gas amonia melebihi tahap yang normal la," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di Sungai Pandan,di sini hari ini.
Rashdan berkata,pihaknya masih menyiasat sama ada gas berkenaan dilepaskan premis berhampiran atau dibuang pihak yang tidak bertanggungjawab.
JAS juga sedang menunggu keputusan sampel air dan tanah yang telah dihantar ke Jabatan Kimia,semalam.
Setakat ini,dua orang awam telah mendapatkan rawatan pesakit luar selepas menunjukkan simptom muntah dan loya akibat terhidu gas berkenaan.
Sementara itu,tinjauan di Kampung Melayu Pandan mendapati keadaan semakin pulih berbanding semalam.
"Hari ni saya perhatikan daripada pagi tadi jauh la berbeza maksudnya semalam memang teruk keadaan hari ni nampak dah takde la masih ada bau la sikit-sikit tapi keadaan sungai dah balik pulih la dengan warna sungai pun dah mula dah berubah cuma bau ni ialah daripada sisa-sisa yang melekat pada di tepi-tepi sungai je la yang tinggal," kata Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Melayu Pandan,Mohd Faudzi Mohamad.
"Untuk makluman semua sekolah tabika untuk hari ini tutup tapi akan beroperasi esok kembali semula sebab hari ini kami masih lagi langkah berjaga-jaga," kata Guru Tabika,Siti Noor Azliza Abd Aziz.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur