2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
TANAH MERAH,4 September - Baitul Mahabbah telah menempatkan 384 kanak-kanak warga asing sejak penempatan khas itu ditubuhkan setahun lalu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,daripada jumlah itu seramai 84 kanak-kanak sudah dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
Beliau berkata,tempoh penempatan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah itu yang tinggal di premis tersebut adalah bergantung kepada pejabat kedutaan masing-masing yang menyediakan urusan dokumen perjalanan sebelum mereka dihantar pulang.
"Kami membelanjakan RM10juta,lebih kepada persiapan premis dan logistik,berapa lama mereka akan berada di sini bergantung berapa cepat kedutaan masing-masing menyediakan dokumen perjalanan.
"Ada yang kami boleh selesaikan dalam masa dua minggu,dalam masa sebulan pun ada,enam bulan pun ada,selama mereka berada di sini mereka adalah tanggungjawab kita," kata Saifuddin.
Beliau bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Baitul Mahabbah Tanah Merah.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
Mengulas lanjut,Saifuddin berkata di Baitul Mahabbah kanak-kanak itu dipantau dan turut disediakan kelas mengaji,membaca dan mengira.
Hingga kini empat Baitul Mahabbah sudah dibuka termasuk di Kelantan manakala dua lagi akan dibuka di Kedah dan Johor.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur