2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,3 September - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta September 2024 susut 3.0 mata kepada 1,660.0,Oktober 2024 dan Disember 2024 merosot 2.0 mata masing-masing kepada 1,664.0 dan 1,667.5 dan Mac 2025 berkurang sebanyak 3.5 mata kepada 1,653.5.
Jumlah dagangan ditutup tinggi kepada 6,929 lot daripada 6,676 sewaktu ditutup pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,884 kontrak daripada 47,528 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang,FBM KLCI merosot 1.54 mata kepada 1,676.65,daripada paras penutup 1,678.19 pada Isnin. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur