2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen lemah selepas Wall Street dibuka semula dengan mencatatkan kemerosotan / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,4 September - Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen lemah selepas Wall Street dibuka semula dengan mencatatkan kemerosotan selepas jualan dalam saham teknologi dan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan daripada PMI pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS) yang terkini.
Pada 9.11 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.25 mata kepada 1,670.40 daripada 1,676.65 semalam.
Indeks utama dibuka rendah 14 mata kepada 1,662.65.
Dalam pasaran secara menyeluruh,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 588 berbanding 78,dengan 203 kaunter tidak berubah,1,572 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 378.47 juta unit bernilai RM207.93 juta.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menyifatkan trend penurunan disebabkan sentimen sebagai sementara.
Beliau berkata kelembapan dalam PMI pembuatan ISM,yang menunjukkan ekonomi AS lemah,akan mendorong pelabur mencari peluang pertumbuhan di luar AS berikutan penurunan kadar faedah pada September yang semakin pasti.
“Pasaran akan meningkat. Kami melihat pelabur asing membeli ringgit untuk melabur di Malaysia dengan sasaran saham dalam sektor perkhidmatan seperti utiliti dan kewangan.
“Saya masih mengunjurkan penurunan sebanyak 25 mata asas tetapi jika data senarai gaji bukan ladang AS pada Jumaat ini lebih rendah daripada jangkaan,beberapa penganalisis menjangkakan kemungkinan penurunan sebanyak 50 mata asas,” katanya.
PMI pembuatan ISM AS naik kepada 47.2 daripada 46.8 pada Julai tetapi berada di bawah jangkaan pasaran sebanyak 47.5.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,CIMB dan YTL Power,masing-masing merosot tujuh sen kepada RM8.18 dan RM3.88.
Maxis berkurangan lima sen kepada RM3.76,Press Metal susut enam sen kepada RM4.83 dan YTL turun empat sen kepada RM3.00.
Di kaunter aktif,TWL naik setengah sen kepada 3.0 sen,Vetece meningkat tiga sen kepada 62.5 sen,Talam Transform kekal tidak berubah pada 3.0 sen dan Elridge Energy merosot satu sen kepada 43 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas berkurangan 66.32 mata kepada 12,431.30,Indeks FBM Emas Shariah merosot 88.87 mata kepada 12,222.46 dan Indeks FBMT 100 susut 60.31 mata kepada 12,129.95.
Indeks FBM 70 jatuh 142.57 mata kepada 17,373.92 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 90.42 mata kepada 5,134.38.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 16.74 mata kepada 19,645.27,Indeks Perladangan berkurangan 44.13 mata kepada 7,203.90,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 1.69 mata kepada 178.27 dan Indeks Tenaga turun 9.92 mata kepada 906.66.-BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur