2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,3 September - MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan ringgit mempunyai peluang untuk terus meningkat berbanding dolar AS dan mengakhiri 2024 pada RM4.23 berbanding RM4.59 akhir tahun lepas.
Menurutnya pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang lebih longgar menguatkan keyakinannya kepada kenaikan ringgit pada suku keempat 2024 di sebalik potensi cabaran seperti pertumbuhan lemah di China dan risiko kemelesetan di AS atau peningkatan ketegangan geopolitik yang menjejaskan pemulihan perdagangan luar Malaysia.
“Bagaimanapun,jika dolar AS terus kukuh,terutama sekiranya Fed menangguhkan penurunan kadar berikutan daya tahan ekonomi AS yang berterusan dan kebimbangan pencepatan semula prospek inflasi,ia masih boleh mengehadkan peningkatan ringgit,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
MIDF Amanah berkata permintaan terhadap ringgit terus menokok dan kenaikan yang diraih mata wang tempatan itu kekal sehingga Ogos 2024 dengan ringgit terus melonjak 6.2 peratus bulan ke bulan pada Ogos 2024.
Keadaan ini telah mendorong peningkatan ringgit berbanding dolar AS setakat ini pada tahun ini kepada 6.3 peratus,dengan penutupan pada RM4.321 setakat akhir Ogos 2024 adalah paras terkukuh yang kali terakhir diraih pada Februari 2023,katanya.
Selain pengukuhan ringgit berbanding dolar AS,MIDF Amanah mengunjurkan ringgit terus meningkat berbanding mata wang lain dalam Indeks Ringgit Berwajaran Perdagangan MIDF berikutan prospek positif ekonomi Malaysia,peningkatan ekonomi domestik yang berterusan dan perdagangan luar yang terus mencatat pemulihan.
MIDF Amanah berkata,malah lebih banyak aliran masuk ke Malaysia memandangkan pelabur tertarik dengan pengukuhan ringgit dan asas ekonomi yang positif,termasuk tekanan inflasi rendah. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur