2024-09-04 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan terdapat aktiviti jualan dalam mata wang Amerika Syarikat (AS) / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,4 September - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan terdapat aktiviti jualan dalam mata wang Amerika Syarikat (AS) itu,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.3600/3715 berbanding dolar AS daripada 4.3675/3705 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran ekuiti AS merosot dengan ketara berikutan Indeks Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS bagi sektor pembuatan kekal dalam tahap penguncupan untuk bulan kelima berturut-turut dan tidak mencapai jangkaan pasaran.
Indeks itu mencatatkan 47.2 pada Ogos,lebih rendah daripada anggaran konsensus sebanyak 47.5 tetapi lebih tinggi daripada 46.8 pada bulan sebelumnya.
“Aset berisiko seperti ekuiti merosot manakala hasil bon susut,menunjukkan peralihan kepada aset selamat berikutan bimbang akan kelembapan ekonomi,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata data ekonomi terkini juga menunjukkan Rizab Persekutuan dijangka memulakan pelonggaran dasar monetarinya bulan ini dan ia perlu tegas untuk mengelak risiko kemelesetan.
“Sehubungan itu,Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.09 peratus kepada 101.741 mata berikutan mata wang utama rendah berbanding dolar AS susulan permintaan yang tinggi terhadap mata wang AS itu,” katanya.
Oleh itu,katanya ringgit mungkin kekal rendah berikutan permintaan terhadap mata wang selamat yang semakin meningkat.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.8165/8292 daripada 4.8208/8242 pada Selasa dan meningkat berbanding pound kepada 5.7168/7319 daripada 5.7267/7306 sebelum ini.
Bagaimanapun,ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9984/3.0065 daripada 2.9921/9943 semalam.
Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3359/3452 daripada 3.3360/3386,meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7121/7572 daripada 12.7537/7680,menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 280.7/281.7 daripada 281.2/281.6 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.72 daripada 7.71/7.72 semalam.-BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur