2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,4 September- Malaysia dan Rusia bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen genosid Israel di Gaza.
Menerusi hantaran di laman Facebook,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan harapan supaya Rusia akan meneruskan usaha yang membina ke arah penyelesaian aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine,bersandarkan kepada asas untuk perdamaian yang dirundingkan.
“Melalui libat urus berterusan,saya percaya kita boleh memperdalam pemahaman kita pada masa yang mencabar ini.
"Tambahan pula,kami bersetuju bahawa komuniti antarabangsa mesti meningkatkan tekanan untuk menamatkan kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.
"Saya juga menyatakan harapan saya bahawa Rusia akan meneruskan jalan yang membina ke arah penyelesaian yang aman dan mampan terhadap konflik di Ukraine,terletak di atas asas untuk keamanan yang dirundingkan,"katanya dalam hantaran tersebut.
Anwar mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini.
Pertemuan dua hala itu bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar ke Rusia dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan,esok.
Sementara itu dalam hantaran sama,Anwar memaklumkan Malaysia menerima jemputan Rusia untuk menyertai Sidang Kemuncak BRICS di Kazan,Rusia pada 22 hingga 24 Oktober,2024.
Beliau berkata jemputan yang disampaikan oleh Presiden Vladimir Putin sendiri semasa sesi makan malam kerjadua hala yang berpanjangan dan substantif merupakan bukti jelas mengenai kepentingan Malaysia kepada Rusia.
“Ini menandakan satu langkah penting ke arah matlamat akhir kita untuk menyertai kumpulan itu,” kata beliau.
BRICS adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil,Rusia,India,China,Afrika Selatan,Iran,Mesir,Ethiopia,dan Emiriah Arab Bersatu.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur