2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto diedarkan oleh agensi negara Rusia,Sputnik memaparkan Presiden Rusia,Vladimir Putin bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia,Anwar Ibrahim,di luar Forum Ekonomi Timur di Vladivostok semalam/AFP
VLADIVOSTOK,5 September- Perdagangan antara Rusia dan Malaysia hampir mencecah AS$3.5 bilion (AS$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya,kata Presiden Rusia Vladimir Putin.
Menurut Kremlin.ru,Putin dilaporkan berkata Rusia dijangka mencari titik hubungan baharu dengan ASEAN apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2025.
"Kami telah memberi tumpuan untuk membangunkan hubungan kami dengan ASEAN,dan semua tahu bahawa Malaysia memainkan peranan utama dalam pertubuhan ini.
"Tahun depan,Malaysia akan mempengerusikan pertubuhan ini dan saya jangka semasa kepengerusian anda,kami akan menemui titik hubungan baharu dengan rantau dunia yang semakin berkembang,” menurut Kremlin.ru memetik kenyataan presiden itu pada Rabu (4 September).
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin di sini pada Rabu.
Pertemuan dua hala itu adalah bersempena dengan lawatan kerja dua hari Anwar di sini dan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan ucapan pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) kesembilan lewat hari ini. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur