2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

KEMENTERIAN PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA
KUALA LUMPUR,5 September- Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana ejen pelancongan yang didapati terlibat dengan sebarang aktiviti haram.
Sehubungan itu MOTAC mengambil serius berkenaan penahanan warga China dan Malaysia kerana memasuki Perairan Tugayo Hunasan,Sitangkai,Tawi-Tawi,Filipina secara haram pada Ahad lepas.
Menurut laporan awal tangkapan pihak berkuasa Filipina terdiri daripada lapan warga China dan tiga warga Malaysia kerana memasuki perairan Filipina secara tidak sah.
"MOTAC telah memulakan siasatan terhadap ejen pelancongan yang disyaki menguruskan/membawa penumpang berkenaan.
"Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta lndustri Pelancongan 1992,MOTAC akan mengambiltindakan sewajarnya termasuk mengantung,membatal lesen,mengkompaun atau mendakwa ejen pelancongan yang terbabit," menurut kenyataan hari ini.
Justeru MOTAC mengingatkan semua ejen pelancongan di seluruh negara agar memastikan semua pakej pelancongan dan pengaturan perjalanan mematuhi peruntukan Akta lndustri Pelancongan 1992,peraturan-peraturan di bawahnya dan undang-undang bertulis lain.
Ini kerana pematuhan kepada undang-undang adalah penting untuk mengekalkan integriti industri pelancongan serta memastikan keselamatan serta keabsahan aktiviti pelancongan dibawah kendalian setiap ejen pelancongan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur