2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
VLADIVOSTOK,5 September- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lawatan rasmi dua hari beliau ke Rusia bertujuan merungkai cabaran dan meneroka lapangan yang berpotensi untuk dimantapkan demi kemakmuran kedua-dua negara.
"Lawatan ini pasti membawa manfaat yang terbaik kepada rakyat kedua-dua negara Malaysia dan Rusia tatkala kita merungkai selain meneroka peluang dan lapangan yang mampu dimantapkan," kata Anwar menerusi Facebook beliau hari ini.
Menerusinya Anwar turut berkongsi video mengenai rangkuman lawatan hari pertama beliau di Vladivostok,Rusia,semalam.
Ia memaparkan pertemuan beliau bersama Rais (Ketua) Tatarstan Rusia Rustam Minnikhanov,Timbalan Mufti Rushan Hazrat Abbyasov yang juga Timbalan Pengerusi Pertama Majlis Mufti Rusia dan Lembaga Agama Islam serta Presiden Rusia Vladimir Putin.
"Rangkuman hari pertama lawatan kerja dua hari ke Vladivostok dengan pertemuan bersama Vladimir Putin semalam menjadi acara kemuncak," katanya.
Dalam pada itu Anwar hari ini akanmenyampaikan ucaptama di sesi Plenari Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF 2024) di Vladivostok pada pukul 1.00 tengah hari waktu Malaysia.
"Saya akan menyampaikan ucaptama di Sesi Plenari Forum Ekonomi Timur Ke-9 (EEF 2024) yang akan diikuti dengan sesi soal jawab. Nantikan," katanya.
Sesi itu akan disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook beliau dan stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia,Bernama TV,Media Prima,Astro Awani,TVS dan TV Al-Hijrah.
Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Rusia sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.
BERITA BERKAITAN
Malaysia,Rusia setuju komuniti antarabangsa perlu tingkat tekanan tamatkan kempen genosid Israel di Gaza
Manfaat hubungan erat Malaysia-Rusia,pertingkat kerjasama dalam semua bidang
Kerjasama Malaysia - Rusia,perlu dipertingkat ke tahap optimum
PM tiba di Vladivostok,mulakan lawatan kerja ke Rusia
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur