2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO SPRM
PULAU PINANG,5 September - Dua orang doktor dan seorang ejen direman selama empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),susulan memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melibatkan jumlah kerugian bernilai RM2.1 juta.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin di Mahkamah Majistret Georgetown.
Penahanan terbaharu itu menjadikan kartel yang terlibat secara keseluruhan dalam urusan pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso seramai 36 orang.
Kedua-dua doktor yang direman pagi ini dipercayai kakitangan kerajaan sebuah hospital awam di Seberang Jaya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Semalam,33 individu termasuk tiga doktor direman sehari hingga tiga hari untuk membantu siasatan dalam kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso.
Dipercayai,seorang doktor dapat memperoleh lebih kurang RM10,000 bagi setiap tuntutan yang dikemukan kepada kartel tersebut.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur