2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Dengan Ancaman Dalam Talian 2024 di KLCC hari ini
KUALA LUMPUR,5 September - Kerajaan komited melindungi masyarakat daripada ancaman digital yang semakin mencabar dalam era digital.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keselamatan dalam talian bukan hanya melindungi golongan muda,tetapi memastikan keselamatan semua rakyat di negara ini terpelihara.
"Generasi muda pada hari ini membesar dalam dunia yang tanpa sempadan di mana kehidupan sosial,pendidikan dan hiburan mereka berkait rapat dengan platform digital.
"Ini telah membuka pintu kepada risiko yang tidak pernah dihadapi oleh generasi sebelumnya termasuklah buli siber,pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai dan pelbagai lagi jenayah dalam talian yang lain," katanya ketika menghadiri Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Dengan Ancaman Dalam Talian 2024 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said serta Duta Sepanyol ke Malaysia Jose Luis Pardo.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Sosial Negara berkata,mempromosikan perpaduan sosial serta kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaannya.
"Keselamatan siber harus diperkukuhkan,meningkatkan literasi digital dan memastikan akauntabiliti bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam dunia digital.
"Saya yakin,kita mampu melindungi masyarakat kita daripada bahaya dalam talian serta memastikan teknologi digunakan dengan cara yang bertanggungjawab dan beretika sekiranya semua pihak memainkan peranannya," tambahnya.
Menurut Zahid,Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat Oktober ini.
RUU jenayah dalam talian dijangka dibentang dalam Parlimen Oktober ini
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur