2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada sidang media semasa mengadakan lawatan kerja dua hari sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 di kampus Far Eastern Federal University (FEFU)/ BERNAMA
VLADIVOSTOK,5 September- Tiada keperluan untuk menggantung operasi cari gali minyak di perairan Sarawak seperti diminta Beijing.
Ini kerana lokasi operasi yang dipertikai merupakan kawasan milik Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan China bagi menyelesaikan isu yang timbul.
"Beijing pun hantarkan sekali dua bantahan,dia rasa itu kawasan dia. Jadi kita kata kita terpaksa teruskan kerana ini soal survival ekonomi negara kita",kata Datuk Seri Anwar kepada pemberita dalam sidang media di hari terakhir lawatan kerja ke Rusia hari ini.
Terdahulu,media melaporkan kebocoran nota diplomatik dihantar Beijing membantah operasi syarikat Petronas di kawasan tersebut.
Ia seperti yang disiar media Filipina menunjukkan dakwaan Beijing bahawa penerokaan minyak dan gas di Laut China Selatan telah memasuki sempadan perairan China.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur