2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Fahmi Fadzil menghadap Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini/Facebook Fahmi Fadzil
KOTA KINABALU,5 September- Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil hari ini menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini sempena sambutan Hari Malaysia 2024 di negeri itu pada 16 September ini.
Beliau bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa telah membentangkan pengisian program terbabit pada pertemuan itu.
Turut serta dalam pertemuan pagi tadi adalahpasukan Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 (HKHM 2024) dan Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,Datuk Christina Liew.
"Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar atas sokongan kepada Kementerian Komunikasi yang dipertanggungjawabkan sebagai Jawatankuasa Induk sambutan HKHM 2024," kata Fahmi menerusi Facebook beliau hari ini.
Fahmi turut berharap sambutan di Padang Merdeka dekat sini berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.
"Bah.. jumpa kita di Sabah!," katanya lagi.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur