2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO BERNAMA
BANTING,4 September - Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang mengkaji penggunaan teknologi RT-ECO iaitu Rawatan Efluen Kilang Kelapa Sawit (POME) dalam memastikan kemampanan pengeluaran sawit negara.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,teknologi rawatan efluen diperoleh dari Singapura itu sesuai dalam memenuhi permintaan pasaran berhubung pemeliharaan alam sekitar.
"Setiap eksport yang kita buat ini ia akan ada efluen,jadi efluen-efluen ini menjadi satu kriteria kepada kita untuk menjual kelapa sawit kita ini supaya ia masuk dalam kategori kelestarian. Cara kita proses,kemampanan.
"Jadi ini merupakan salah satu daripada strategi yang kita galakkan daripada inovasi baharu untuk melihat bagaimana kita membersihkan efluen sebelum air itu keluar ke longkang," kata Johari dalam sidang media selepas lawatan ke kilang contoh yang menempatkan teknologi itu,di sini.
Beliau berkata,arahan telah diberikan kepada MPOB supaya melihat keberkesanan teknologi penapisan efluen berkenaan yang disasarkan penggunaannya untuk pengilang kecil sawit.
RT-ECO dikendalikan syarikat Merujaya POME Solutions Sdn Bhd menggunakan teknologi elektrokimia bagi menapis efluen sawit dalam memastikan sisa yang dihasilkan ketika pengeluaran selamat.
Langkah itu sekali gus dapat mematuhi standard kemampanan dunia.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur