2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,4 September - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurang kepada RM23.17 bilion daripada RM24.03 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM26.02 bilion daripada RM25.72 bilion sebelumnya.
Terdahulu,bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik.
BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.
Bank pusat itu juga telah menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM25.40 bilion kepada RM26 bilion.
Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM23.20 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM26 bilion,kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.
Setakat 3 Sept,2024,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur