2024-09-05 berita.rtm.gov.my HaiPress

Rundingan perjanjian perdagangan Malaysia - EU akan disambung semula. FOTO HIASAN/REUTERS
KUALA LUMPUR,5 September - Malaysia optimis menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA).
Bagaimanapun,ia tertakluk kepada persetujuan blok tersebut.
Perkara itu dipersetujui berdasarkan potensi manfaat yang tinggi kepada perniagaan dan rakyat serta jaminan rantaian bekalan global dalam sektor utama.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan menjelaskan,penilaian awal telah dimulakan pada September 2023 untuk melihat semula langkah-langkah yang perlu diambil.
Keputusan daripada kajian awal telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet minggu lalu.
Rundingan sebelum ini telah terhenti selama 12 tahun.
Biarpun terdapat perbezaan dalam beberapa isu,MITI komited untuk pastikan draf teks perjanjian itu melindungi kepentingan negara dan boleh diterima kedua-dua pihak.
MEUFTA berupaya meningkatkan eksport negara terutama produk elektrik dan elektronik; minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit serta peralatan optik dan saintifik ke pasaran EU.
Perjanjian sama turut menggalakkan aliran masuk pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi seperti tenaga hijau dan pembuatan termaju,selaras misi yang digariskan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
Tahun lalu,EU merupakan rakan dagang keempat terbesar negara dengan jumlah dagangan bernilai 206.79 bilion ringgit.
Bagi tempoh Januari hingga Julai 2024,jumlahdagangan bernilai RM125.87 bilion,peningkatan 6% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dari segi pelaburan,setakat 2023,sejumlah 1,323 projek bernilai RM227.9 bilion telah dilaksana dan menjana 153,139 peluang pekerjaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur