2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto AFP
VLADIVOSTOK,7 September- Malaysia bimbang dengan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China tetapi ia tidak boleh dipaksa untuk berpihak,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ya,terdapat kebimbangan kerana peningkatan ketegangan antara AS dan China tetapi kami tidak boleh dipaksa untuk berpihak. Kami merupakan rakan penting dalam perdagangan dan pelaburan dengan AS,secara kumulatif masih nombor satu. Tetapi China adalah pemain penting. Maka kami melakukan lebih banyak libat urus dari sebelum ini dalam semua bidang secara komprehensif,kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur(EEF).
Forum berkenaan bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University,di Vladivostok,Rusia,sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024.-BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur