2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto AFP
VLADIVOSTOK,7 September- Malaysia berharap untuk menyaksikan kemasukan lebih banyak syarikat Rusia ke dalam negara dan peningkatan aliran pelancong antara kedua-dua pihak,kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ibrahim dalam satu temu bual dengan RIA Novosti dan RT,lapor Sputnik.
“Dengan Rusia,saya fikir ada potensinya. Kami berharap,sekarang kami telah berkomunikasi dengan banyak syarikat utama di Rusia,untuk datang ke Malaysia dan peningkatan khususnya pelancongan yang akan membawa manfaat. Kami juga akan memudahkan pelancong Malaysia melawat Rusia,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).
Forum itu bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University,di Vladivostok,Rusia,sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur