2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

i Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Sesi Plenari Forum Ekonomi Timur Ke-9 (EEF 2024) / FOTO FB Anwar Ibrahim
VLADIVOSTOK,6 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan RIA Novosti dan RT berkata beliau teruja dengan lawatan sulungnya ke Rusia,yang sebelum ini hanya diketahuinya menerusi kesusasteraan Rusia dan menambah beliau ingin berkunjung ke St.Petersburg dan Moscow.
“Saya teruja,saya akan katakan dalam syarahan saya hari ini bahawa saya lebih mengetahui Rusia menerusi novel (Boris) Pasternak,puisi Anna Akhmatova dan (Lev) Tolstoy … saya berhasrat untuk melihat Moscow dan terutamanya St.Petersburg,yang saya fikir sebuah daripada bandar raya yang menakjubkan di dunia” kata Anwar,lapor Sputnik.
Perdana Menteri Malaysia itu tiba di bandar pelabuhan Pasifik Rusia,Vladivostok untuk lawatan selama dua hari bersempena Forum Ekonomi Timur (EEF).
Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University,di Vladivostok,Rusia,sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur