2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO JAS Negeri Johor
JOHOR BAHRU,7 September- Selepas pencemaran bau kimia di sekitar Sungai Pandan,Johor Bahru,Selasa lalu,kali ini penduduk di kawasan Sungai Plentong,pula digemparkan dengan situasi sama.
Perkara itu disahkan Jabatan Alam Sekitar,JAS negeri Johor,yang menerima laporan mengenainya,pagi semalam.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon,memaklumkan,pihak JAS menemui bahan kimia mencurigakan dan tumpahan minyak yang dibuang di anak sungai Kawasan Industri Taman Desa Tropika dipercayai punca pencemaran bau berkenaan.
Pihaknya menggunakan ‘absorbent pad’ untuk membersihkan sebahagian tumpahan minyak dan sampel bahan kimia itu telah diambil untuk siasatan lanjut.
Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pihak berkuasa.
Dalam kejadian sebelum ini,hasil ujian sampel air dan tanah mengesahkan punca pencemaran bau di kawasan Sungai Pandan adalah disebabkan gas ammonia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur