2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengarah JKNT,Datuk Dr Kasemani Embong
KUALA NERUS,7 September- Sebanyak 51 peratus daripada golongan dewasa di Terengganu mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti tahun ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT),Datuk Dr Kasemani Embong berkata data itu hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) tahun lepas.
Jelasnya,kadar obesiti di Terengganu juga didapati meningkat iaitu daripada 47.5 peratus pada 2015 kepada 49 peratus pada 2019.
"Masalah obesiti dalam kalangan individu berusia 25 hingga 50 tahun. Boleh dikatakan satu daripada dua dewasa di Terengganu berdepan masalah berkenaan.
"Situasi ini agak merisaukan kerana boleh membawa risiko penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan darah tinggi yang turut mencatatkan peningkatan kes setiap tahun," katanya.
Terdahulu beliau merasmikan Sambutan Funwalk 10,000 Steps & Wellness Hub Open Day di Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini hari ini.
Seramai 1,000 peserta termasuk warga JKNT dan komuniti setempat menyertai acara itu yang bertujuan membudayakan gaya hidup sihat melalui senaman serta pemakanan.
Dalam pada itu mengenai jangkitan cacar monyet (mpox),Dr Kasemani berkata setakat ini tiada sebarang kes dilaporkan di negeri ini.
Bagaimanapun,beliau berkata JKNT membuat persiapan dengan memberi taklimat kepada pegawai perubatan dan kakitangan di hospital serta Klinik Kesihatan mengenai ancaman jangkitan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur