2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS),Datuk Dr Harlina Abdul Rashid / Bernama
PORT DICKSON,7 September - Kempen memupuk budaya mengamalkan kebersihan persekitaran merupakan antara usaha berterusan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) dalam membantu menangani cabaran terhadap alam sekitar.
Selain itu,budaya sihat yang konsisten sangat penting dalam memperkukuhkan imuniti badan demi menghadapi ancaman kesihatan,kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan,Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid.
Ujarnya,menjadi tanggungjawab bersama anggota masyarakat dan agensi dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
"Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama melalui konsep pemerkasaan masyarakat untuk memastikan bahawa kita semua memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar yang mampan... Ini bukan hanya untuk kesejahteraan sendiri tetapi juga untuk generasi masa depan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat Negeri Sembilan dan Pelancaran Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia di sini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur