2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,6 September - Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada hari kedua berturut-turut pada Jumaat,disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah,kata seorang peniaga.
Beliau berkata pasaran turut dirangsang oleh gangguan bekalan akibat keadaan cuaca buruk di Thailand walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) bercampur-campur.
“Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US apabila peniaga pasaran memantau petunjuk selanjutnya mengenai penurunankadar faedah daripada data ekonomi AS terkini,” kata peniaga itu kepada Bernama.
Pada 5 petang,mata wang tempatan melonjak kepada4.3300/3330 berbanding dolar US pada 4.3360/3400 ketika ditutup pada Khamis.
Sementara itu,niaga hadapan getah Jepun naikpada Jumaat selepas mencatatkan kerugian empat hari berturut-turut,didorong oleh musim hujandi pengeluar utama Thailand dan harga minyak yang lebih kukuh.
Walaupun mencatatkan kenaikan,niaga hadapan getah dijangka turun minggu depan.
Harga minyak meningkat pada awal dagangan pada Jumaat apabila pelabur melakukan pengeluaran besar-besaran dalam inventori minyak mentah AS dan kelewatan dalam pengeluaran oleh pengeluar OPEC+,berbanding data pekerjaan AS yang bercampur-campur.
Pada 5.01 petang,harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.03 peratus kepada US$72.72 setong.
Harga Getah Mutu Malaysia20 (SMR 20) oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) meningkat sebanyak 8.5sen kepada 788.0 sen sekilogrammanakala lateks pukal naik duasen kepada 663.0sen sekilogram.
Pada 5 petang,harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal berada pada798.0 sen sekilogram manakala lateks pukal pada664.5 sen sekilogram.- Bernama
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur