2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,6 September - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam persekitaran jangkaan penurunankadar faedah Amerika Syarikat (AS),kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang,ringgit menokok 18 peratus kepada 4.3275/3330berbanding dolar US daripada 4.3360/3400 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Rashid berkatapeniaga berhenti seketika membelimata wang itukerana gesaan untuk penurunankadar faedahdi AS mendapat momentum sokongan,didorong oleh data pekerjaan yang lemah baru-baru ini.
Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang ADP adalah di bawah jangkaan,merekodkan 99,000 pekerjaan pada bulan Ogos manakalaTinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Pusing Ganti Buruh (JOLTS) AS menunjukkan bahawa bilangan pembukaan pekerjaan di AS merosot lebih daripada jangkaan kepada 7.67 juta pada Julai.
"Pada masa yang sama,prospek julat yang mengecil antara Kadar Dana Fed (FFR) dan kadar dasar semalaman (OPR)telah menyumbang kepada prestasi positif ringgit," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Bagaimanapun,peniaga akan menumpukan perhatian terhadap data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini untuk panduan selanjutnya.
Pada penutupan,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggiberbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbandingeuro kepada4.8087/8148 daripada4.8099/8144 ketika ditutup pada Khamis,menokok berbanding pound Britain kepada5.7010/7083 daripada5.7049/7101 tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada3.0296/0337 daripada3.0189/0219 sebelumnya.
Bagaimanapun,ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 281.3/281.9 daripada281.5/281.9 semalam tetapi merosot berbanding peso Filipina kepada7.74/7.75 daripada7.71/7.72.
Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada3.3327/3372 daripada3.3303/3336 dan jatuh berbanding baht Thailand kepada12.9087/9305 daripada12.8772/8940 sebelumnya.- Bernama
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur