2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,6 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi pada Jumaat selepas dolar Amerika Syarikat (AS) terus rendah menjelang pengurangan kadar faedah yang dijangkakan.
Emas dan kadar faedah lazimnya berkait rapat,dengan harga emas cenderung meningkat apabila kadar faedah menurun,dan emas susut apabila kadar faedah meningkat.
September 2024 menokok kepada US$2,536.70 setiap auns troy daripada US$2,535.20 setiap auns troy semalam.
Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,Februari 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup tinggi pada US$2,539.00 setiap auns troy berbanding US$2,537.50 setiap auns troy pada Khamis.
Jumlah dagangan meningkat kepada sembilan lot daripada tujuh lot pada Khamis,manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 49 kontrak daripada 50 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada US$2,509.55 setiap auns troy,berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 5 September.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur