2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,7 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan akan meneruskan dagangan dalam julat kecil dengan kecenderungan menaik minggu depan,mengambil petunjuk daripada pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS),kata seorang peniaga.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran emas dijangka menjejaki prestasi dolar AS di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah AS.
“Kita menjangkakan emas akan menjejaki pergerakan dolar AS,dengan keadaan penurunan emas dapat diatasi dengan cepat,dan sebaik sahaja risiko pilihan raya AS menjadi tumpuan,saya menjangkakan harga emas akan meningkat," katanya.
Pada asas Jumaat ke Jumaat,bulan semerta September 2024 jatuh kepada US$2,539.00 setiap auns troy berbanding US$2,546.50 setiap auns troy sebelumnya.
Sementara itu,Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,Februari 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup rendah pada US$2,539.00 daripada US$2,548.80 setiap auns troy sebelum itu.
Jumlah dagangan turun kepada 56 lot daripada 73 lot minggu lepas,manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 49 kontrak daripada 37 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$2,509.55 setiap auns troy,menurut penetapan tengah hari Persatuan Pasaran Jongkong London pada 5 Sept,2024. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur