2024-09-07 berita.rtm.gov.my HaiPress

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM),Datuk Seri N Gobalakrishnan
KUALA LUMPUR,7 September- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS membolehkan negara mempelbagaikan diplomasi ekonomi serta mengukuhkan kerjasama melalui inisiatif bersama.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM),Datuk Seri N Gobalakrishnan berkata,langkah itu merupakan pengaturan bermanfaat yang akan mengiringi era pemindahan teknologi maju.
BRICS adalah pakatan antara kerajaan yang merangkumi Brazil,Rusia,India,China,Afrika Selatan,Iran,Mesir,Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.
Keanggotaan Malaysia dalam BRICS akan mewujudkan persekitaran perdagangan yang seimbang dan saksama,menggalakkan infrastruktur kewangan yang adil,yang penting untuk pertumbuhan ekonomi global yang mampan.
Menurutnya,penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak BRICS di Kazan,Rusia dari 22 hingga 24 Oktober 2024,mencerminkan pendekatan proaktif negara untuk mengukuhkan kerjasama dan dialog antarabangsa.
Penglibatan itu bukan sahaja peluang untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara BRICS malah sebagai platform untuk mempamerkan ketersediaan Malaysia menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan kolektif Global Selatan.
Tambahnya,ketika Malaysia bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan,penglibatan dengan BRICS adalah tepat pada masanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur