2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail/ BERNAMA
KUANTAN,8 September- Jangkitan Rotavirus menjadi punca 16 individu termasuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun mengalami gejala sakit perut,muntah,cirit-birit dan demam setelah mengunjungi Taman Rekreasi Che Minah Sayang,Maran pada Khamis lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata seorang wanita berusia 27 tahun yang juga ibu kepada seorang daripada kanak-kanak berkenaan turut mengalami gejala sama.
Beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran pada Khamis lepas,telah menerima satu notifikasi wabak Acute Gastroenteritis (AGE) dalam kalangan kanak-kanak dengan gejala sakit perut,cirit-birit dan demam setelah mengunjungi taman rekreasi berkenaan.
“Hasil ujian makmal mendapati penyebab wabak ini adalah jangkitan Rotavirus manakala hasil ujian makmal bagi pengesahan penyakit kencing tikus (Leptospirosis) adalah negatif.
“Kesemua kanak-kanak terlibat stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Jengka manakala wanita yang merupakan ibu kepada seorang daripada kanak-kanak tersebut dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Rusdi,Rotavirus berpunca daripada air sungai yang tercemar dengan sisa buangan lampin pakai buang bayi dan sehubungan itu,beliau menasihatkan pihak pengurusan taman rekreasi berkenaan menjalankan kerja-kerja pembersihan.
“JKN Pahang ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi etika kebersihan dengan melupuskan lampin pakai buang bayi dengan cara yang selamat serta tidak membuang sampah merata-rata ketika mengunjungi mana-mana taman rekreasi.
“Jabatan ini akan terus memantau perkembangan wabak ini dari semasa ke semasa,” katanya. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur