2024-09-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat replika Kawasan Rehat & Rawat Seremban (Arah Selatan):R&R Lestari Pertama ketika hadir pada majlis perasmiannya/ Foto Bernama
SEREMBAN,8 September - Kadar tol mungkin boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal,selain tidak berlakunya ketirisan dan rasuah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata,kos pembangunan lebuh raya sebenarnya boleh dikurangkan namun meningkat disebabkan terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan.
"Ini mesti dihentikan. Saya percaya Kementerian Kerja Raya,Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk projek yang seterusnya,pastikan kelulusan disegerakan. Ini boleh berlaku kalau semua bertanggungjawab dan merasakan ini (projek lebuh raya) projek rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lestari yang pertama di lebuh raya Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) Lebuhraya Utara-Selatan,di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan,Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi LLM Datuk Seri Hasni Mohammad.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur